Ramai para Aulia
mencapai gunung makrifat
melalui tangga-tangga
dosa
dosa yang membawa
kerendahan diri
dosa yang membawa taubat
yang hakiki
dosa yang membawa dirinya
di Cintai Tuhan…
Dosa adalah fitrah
kehidupan
dosa adalah takdirnya
dosa dicipta
kerna…
di sana ada namaNya
al-Ghaffar
untuk mengampunkan dosa…
Jangan merintih dengan
dosa
sehingga syaitan menipu
mu
menjauhkan kamu dengan
orang yang soleh
lantaran merasa diri hina
tiada layak bersama
dengan mereka
atau tiada mahu beribadah
kerana merasakan dosa mu
tiada diampuni Tuhan…
Tiada salah dengan dosa
tapi salah jika sentiasa
berulang
salah jika tidak merasa
kesal
salah jika berbangga
dengannya…
Dosa menjadikan engkau
kekasihNya
Apabila sentiasa taubat
Apabila merasa diri hina
Apabila sentiasa merintih
padaNya
Apabila sentiasa kerdil
dalam perhimpunan manusia
Apabila sentiasa menilik
diri dengan sedikit amal
Apabila melihat orang
lain lebih baik dari dirimu
Apabila airmata kekesalan
sentiasa mengalir
Apabila dahimu banyak
bersujud pada Tuhan
Apabila engkau dalam
keadaan rasa berbimbang-bimbang dengan dirimu
Apabila engkau banyak
berselawat lantaran mengharapkan syafaat Nabi mu…
Ikutlah jalan ramai para
Kekasih Allah
membangunkan jiwa
mereka
terbang menuju Cinta
Allah
bermula dengan langkah
akibat terjatuh dalam
dosa…
Abu Nadhuha






























