cinta ilahi

cinta ilahi

Saturday, 31 May 2014

Tundukkanlah Hatimu..



 Berjalanlah menuju Allah dengan berpakaian syariat dan hakikat..

Pada syariat berjalan dengan ilmu dan amal, pada hakikat berjalan dengan jahil dan dosa..

Tuntutlah ilmu sehingga alim, namun batinmu tetaplah merasai kejahilan dalam lautan ilmu Allah. Beramallah dengan sebanyaknya, namun batinmu tetap merasai berada dalam lautan dosa.

Penghujung ilmu syariat adalah ilmu tasawwuf, maka binasalah segala penuntut ilmu tanpa tasawwuf, ia akan membawa kepada kesombongan ilmu dan amal. Dua sifat inilah jalan syaitan yang akan membawa seorang itu kepada kebinasaan. Sesungguhnya iblis tiada mahu sujud pada Nabi Adam a.s lantaran dua sifat ini walaupun alim dan banyak amal.





Friday, 30 May 2014

Pembinaan Surau Madrasah Syeikhul Ariffien (Update 31.05.2014)

Pembinaan surau madrasah sudah bermula pada 16 Mei 2014 (Jumaat). Setelah 2 minggu pembinaan berjalan, akhirnya pembinaan footing sudah selesai. Syukur Alhamdulillah. Selepas ini pembinaan akan diteruskan dengan membina groundbeam.









Rasulullah S.A.W


Bangunlah wahai insan membuka jiwa
Berselawat pada Rasul nan mulia
Agar mekar Cinta disulam
Agar mewangi  Cinta membara

Baginda kekasih Allah yang mulia
Dijemput menemuiNya tanpa hijab
Jibril terpaku di langit tujuh
Terbakar jika terus menaikinya

Allah menghiburkannya di langit memancar
Bila paman dan isterinya tertanam dibumi
Bagaikan patah dua sayap yang menerbang
Terpilu jiwa menanggung kesedihan

Ya Allah pada siapakah mahu serahkan diriku ini?
Allah mendengar rintihan pilu KekasihNya
Dikirim Jibril, Mikail dan Buraq menjemputnya
MenemuiNya di alam Cinta yang terselebung

Penduduk langit gembira bersyukur
Kaki yang mulia telah memijak lantai Cahaya
Cemburu mereka dengan bumi selama ini
Lantaran kaki Baginda berpijak diatasnya

Batu merintih merayu pada Baginda
Ya Rasulullah bawalah aku mikraj bersama mu
Aku tidak mahu diriku ini
Menjadi batu yang membakar di dalam neraka

Selawat Cinta wahai saudaraku pada Rasulullah
Nabi Musa memohon melihat Allah
Namun Baginda dijemput Allah menemui diriNya
Baginda Habibullah, Bagindalah Yasin dan Bagindalah  Toha..


Sunday, 18 May 2014

Jiwa Pencinta



Apabila Nabi musa as memandang bukit
Maka Baginda pengsan
lantaran melihat akan tajjali Allah..

Para perindu Allah
sentiasa pengsan jiwanya
apabila melihat alam
lantaran melihat akan sifat Jalal Allah..

Para perindu Allah
sentiasa pengsan jiwanya
apabila melihat diri
lantaran melihat sifat kamalat Allah..

Alam dan diri
adalah sebuah lukisan
adalah sebuah syair
daripada yang Maha Agung..

Alam yang luas ini
segalanya menceritakan tentang Dia
diri yang indah ini
menyatakan akan rahsiaNya..

Jangan penglihatan hanya pada mata
himpunkan ia dengan cahaya hati
mata melihat matahari
hatimu melihat kebesaran Allah..

Demi Tuhan
hanya mereka yang pengsan sahaja
memahami bahasa Tuhan
dalam setiap detik
membisikkan akan dirinya
melalui wajah alam dan kehidupan..





Saturday, 17 May 2014

Berbahagialah Dengan Redhanya....



Firman Allah : 

"Allah redha pada mereka dan mereka pun redha kepada-Nya" 

Redha adalah pintu Allah yang paling Agung. Ia merupakan Syurga di dunia pada mereka yang benar mencapainya. Redha menjadikan jiwa seseorang itu tenang di bawah segala kehendak Allah. Jiwanya senang dengan keputusan Allah lantaran hati Nuraninya melihat ia adalah pilihan Allah yang sudah terdahulu. Pilihan-Nya adalah yang terbaik. Maka kita harungi dengan Iman dan Makrifat, bukan dengan perasaan dan kedangkalan akal untuk memahaminya.

Ubatilah kegelisan jiwa dengan redha. Cintailah redha Allah pada mu. Sesungguhnya redha Allah pada mu mendahului redha mu pada Allah. Redha adalah satu tingkatan yang tinggi dalam pendakian Rohani ke alam kedekatan dengan Allah. Maka wajib disucikan jiwa dengan Ibadah, Cinta dan Syariah agar jiwa mampu terbang ke Wilayah Redha. 


Berbahagialah mereka yang mencapainya kerana ia telah memegang salah satu kenikmatan Syurga di dunia ini...


Wallahu’alam




Friday, 16 May 2014

Bertuhankan Diri.....


Firaun mengaku Tuhan bukan mengaku dirinya sama rupa dengan Dzat Tuhan, tetapi mengaku di atas mempunyai sifat yang sama dengan Allah. Jika Allah ada kuasa, dia juga ada kuasa. Begitu juga sifat yang lain. Tuhan ialah apabila kita menyakini sesuatu itu ada kekuasaan yang sama dengan Allah dan kita amat bergantung pada kekuasaannya.. 

Apabila tiada ilmu mengenal diri sendiri, ramai manusia mengaku Tuhan di atas sifat tanpa disedari. Apabila seorang itu beribadah dengan melihat datang dari kekuasaan dirinya, maka dia telah mengaku dirinya Tuhan di atas sifat kekuasaan Tuhan. Dia adalah penyembah Allah yang dusta kerana menduakan sifat keTuhanan dengan dirinya sendiri, sebagaimana kaum Quraish tawaf di Ka'abah dengan penuh berhala 

Begitu juga ramai yang beribadah tetapi penuh berhala dalam dirinya sendiri. Mereka memperTuhankan diri mereka sendiri dengan memiliki sifat Allah.

Fahamilah kalimah Ahad bukan Wahiid. Ahad adalah tunggal dalam Dzat, Sifat, Asma dan Afaal-Nya dan tiada sekutu dengan yang lain. 

Pelajarilah ilmu Tauhid dan mengenal diri hingga tiada lagi unsur mengaku Tuhan dalam diri sendiri. Ia adalah sebesar kejahilan dan kesombongan yang amat dimurka Allah. 

Wallahu'alam



Thursday, 15 May 2014

Kem Cuti Sekolah 29-31 Mei 2014

Pada 29-31 Mei 2014 Madrasah Syeikhul Ariffien Bersama Pelangi Cinta Consultancy akan menganjurkan sebuah program iaitu "Kem Cuti Sekolah" bertempat di Madrasah Syeikhul Ariffien Melaka . Antara pengisiannya ialah Pengajian Tauhid, Mahabbah Rasul, Qasidah dan Fardhu Ain. Program ini terbuka hanya untuk lelaki yang berusia 13-17 tahun. Yuran penyertaan hanya sebanyak RM180.00

Untuk Lebih Info Hubungi:
Ust. Samawi Bin Mamat : 013-3007425
En. Firdaus : 010-2732821


Rekabentuk Bangunan Surau Madrasah Syeikhul Ariffien

Kerja-kerja pembinaan akan bermula  pada 16 Mei 2014 (Jumaat). Surau yang berkeluasan 3600 kaki persegi ini berkonsepkan senibina Masjid Agung, Demak. Struktur bangunan surau keseluruhannya berasaskan konkrit dan digabungkan dengan kemasan kayu. Kos keseluruhan pembinan dianggarkan bernilai sebanyak RM 300,000.00.





Wednesday, 14 May 2014

Cahaya Yang Berhimpun..


Ketauhidan adalah hak Allah. Kasih sayang adalah perjalanan Rasulullah. Apabila berhimpun dua sifat ini, maka sempurna syhadatnya. Tanpa Tauhid, kasih sayang akan berlandaskan nafsu yang dipimpin syaitan. Tanpa kasih sayang maka Tauhid tiada dapat dilihat keindahannya dan tiada kekuatan. Rasulullah SAW menundukkan dunia dengan dua kekuatan iaitu Tauhid dan Kasih Sayang. Binalah diri dengan dua sifat ini nescaya akan menjadi manusia yang bahagia dunia dan akhirat. 

"Sesungguhnya syaitan akan lemah dengan dua CAHAYA yang berhimpun ini.." 

Binalah diri, rumahtangga, perusahaan, masyarakat, negara dengan dua sifat ini, Insyallah akan memilki KEKUATAN, KETENANGAN dan AKAN BERJAYA.. 

Wallahu'alam

                                                                                                                                            Abu Nadhuha

Tuesday, 13 May 2014

Keresahan Jiwa...



Punca keresahan dan kebimbangan kehidupan apabila jiwa tiada benar dalam penyerahan diri kepada Allah. Punca tiada penyerahan kerana ragu pada sifat Kasih Sayang dan Pemeliharaan Allah. Punca keraguan kerana bisikan iblis. Punca bisikan kerana kekotoran jiwa dan punca kekotoran jiwa kerana sifat mazmumah. 

Hanya dengan Cahaya Allah yang berkekalan dalam jiwa akan menanggalkan kekotoran jiwa sedikit demi sedikit. Bisikan ibils akan menjadi lemah. Maka akan memancarlah Tauhid Hakiki dalam jiwa memadamkan keresahan, kehidupan akan mencapai ketenangan yang hakiki...

Jika engkau ingin kebahagiaan...

Carilah dalam diri sendiri 

Hapuskan segala belukar pada jiwamu 

Hulurkan tanganmu untuk sebuah Cinta 

Luaskan jiwamu dengan Lautan Kemaafan 

Tanamkan sedalamnya nafsu kesombongan di Bumi Kerendahan 

Telanlah kepahitan dengan Kesabaran 

Hilangkan kebimbangan dengan Tawakal 

Pecahkan dengkimu dengan Syukur 

Padamkan kekecewaan dengan KeRahmatan 

Tutuplah sejarah hitam, melangkahlah ke arah ar-Rahman 

Ubatilah kegagalan dengan Hikmah 

Ketakutan hendaklah dihapuskan dengan Keberanian 

Cinta mu serahkan pada Allah dan Rasul 

Hidupkan keikhlasan dalam jiwamu 

Pasti mengalir dalam jiwa, air kebahagiaan dari Tuhanmu! 


Kekayaan dan pangkat bukan membawa ketenangan abadi, malah keresahan yang membimbangkan. 

Kekayaan jiwa dan maqam yang mulia disisi Allah saja yang akan membawa kebahgiaan dan ketenangan. Sedangkan harta hanya sebagai perlengkap sahaja bukan asas utama.



                                                                                Abu Nadhuha


Sunday, 11 May 2014

Hanya mereka yang berCinta memahaminya..



Jangan biarkan dirimu mudah lemah dan menangis dalam kehidupan, berjiwa tabah, berfikiran baik, menyakini pasti akan datang pertolongan Allah dengan jalan yang tiada disangkakan. Disebalik kegembiraan ada kesedihan, disebalik kesedihan ada kegembiraan. Keteguhan alam yang bersilih ganti menerima siang dan malam membawa ia kepada kebaikan. Itulah aturan Allah yang perlu bagi jiwa insan melaluinya demi kebaikannya. 

Sesungguhnya tiadalah Allah menzalimi hambaNya melainkan hambaNya yang menzalimi dirinya sendiri dengan kejahilan dan kemaksiatan. 

Kerana itulah hati tiada kekuatan dan ketabahan dalam kehidupan. Di sana ada mereka yang mampu tersenyum takkala orang lain akan tersungkur jika ujian itu jatuh pada mereka. 


"..Sekeping hatimu adalah penentu kebaikan dan keburukkan.."



Jika ia baik, maka baiklah pandangan kehidupan, jika ia buruk maka buruklah pandangan kehidupan mu. Ia lah yang menyebabkan derita dan bahagia kehidupan kita.

..Maka didiklah jiwa dengan ketabahan, kebaikan dan keyakinan pada Allah..


                                                                            Abu Nadhuha

Rasa & Pandang



Jangan mengenal Allah & Rasulullah SAW hanya pada akal, tapi belajar mengenal dengan rasa dan pandangan hati, apabila hati sudah mengenal, maka akan datangnya CINTA, CINTA membawa pada kerinduan, kerinduan membawa kemabukan, kemabukan membawa kelupaan yang lain sehingga melihat DIA saja yang WUJUD. 

Jika sudah benar CINTA, sudah tentu mengingati Kekasih adalah suatu kelazatan bukannya satu kemalasan. Namun untuk mencapai jiwa yang berkasih sayang, cucikan iblis di dalam hati dengan zikrullah walaupun pahit. Mereka yang cepat mahu perubahan tanpa ada kesabaran adalah tiada adab dgn Allah, berkata Syeikh Junaid Al-Baghdadi:

" Aku membaiki hati 20 tahun, membaiki lisan 20 tahun.." 

Dengan kejahatan jiwa yang kita milki, masa yang panjang adalah rawatannya...



                                                              Abu Nadhuha

Saturday, 10 May 2014

Nafi Dan Isbat...


Nafi dan isbat
hendaklah disandingkan
dalam setiap nafasmu
dalam setiap langkahmu

Nafi dan Isbat
adalah kalimah yang paling utama
adalah kalimah pembuka
rahsia sang hamba dengan TuhanNya

Nafi dan isbat
menafikan wujud yang lain
hanya isbat pada wujud Allah yang hakiki
wujud yang lain hanyalah bayang yang menunjukkan wujudNya
maka wajib bagi dirimu
memandang wujudmu adalah menunjukkan kepada wujudNya
jika kamu memandang wujudmu
tanpa kamu nafikan tiada akan wujudmu
dan tiada mengisbatkan wujud Allah yang mewujudkanmu
maka kufurlah iktikadmu, hancurlah amal Islammu

Nafi dan Isbat
menafikan akan segala sifat ketuhanan yang ada padamu
melihat, mendengar, berkalam, berilmu, berkudrat, beriradah dan hayat
hanya diisbatkan segala sifat itu hak Allah jua
maka padamu segala sifat kehambaan dan kekurangan
buta, tuli, bisu, jahil, lemah, tiada kehendak dan mati
maka jika kamu iktikaqkan segala sifat tersebut
tanpa kamu nafikan milikmu, dan tiada kamu isbatkan adalah hak Allah
maka kufurlah kamu, maka binasalah segala amalmu

Nafi dan Isbat
menafikan akan segala Asma’ yang ada
hanya Allah pemilik segala Asma’ yang indah dan hebat
tiada yang memberi rezeki, tiada yang menyembuhkan, tiada yang hebat,
tiada yang mudharatkan, tiada yang memiliki kemuliaan dan pelbagai namanya
melainkan hanya diisbatkan pada Allah sahaja yang memilkinya
jika engkau tiada mengiktikadkan disebalik kehidupan mu
bahawa nama nama Allah yang mengaturmu untuk mengujimu
dalam pelbagai bentuk dan wajah
maka zindiklah kamu dan tiada manfaat akan segala ibadahmu

Nafi dan Isbat
menafikan segala apa jua perbuatan yang ada
walaupun satu zarah debu yang berterbangan
dalam segala gerak dan diam
melainkan diisbatkan hanya Allah yang memilkinya
jika engkau tiada nafikan segala perbuatan itu
adalah milik kekuasaan dirimu dan makhluk
maka binasalah tauhidmu dan batal segala agamamu

Maka dalamilah akan pelajaran Nafi dan Isbat
dengan para murabbi tareqah sufiah yang haq
sebagai pintu utama kebenaranmu dengan Tuhan
sebagai pintu utama kebenaranmu dengan Rasul
tanpa pintu kebenaran ini
maka amalmu penuh kerosakkan
kelakuan Islammu penuh kemunafikan…
engkau hanya Islam di sisi manusia…
tapi Islammu belum benar di sisi Allah… 

                                                                                       

                                                                Abu Nadhuha

Saturday, 3 May 2014

Salamun Alaika Ya Rasulullah... (lirik)


 Salamun Alaika Ya Rasulullah
Salamun Alaika Ya Habiballah
Salamun Alaika Ya Rasulullah
Salamun Alaika Ya Habiballah

Harum Dan Mewangi Seharum Kasturi
Lahirnya Insan Indah Sempurna
Harum Dan Mewangi Seharum Kasturi
Lahirnya Insan Indah Sempurna

Indahnya Wajahmu Indah Tubuhmu
Indahnya Rambutmu Indah Matamu
Indahnya Wajahmu Indah Tubuhmu
Indahnya Rambutmu Indah Matamu

Allah...Ku Rindu…Nabi Ku…Kasihku…
Rindu…Rindu…Rindu…
Inginku..Bertemu..
Denganmu…

Derai Air Mataku Mengalir Ke Pipiku
Lantaran Rindu Cinta Padamu
Derai Air Mataku Mengalir Ke Pipiku
Lantaran Rindu Cinta Padamu

Tidakkan Bermakna Nikmatnya Syurga
Jikalau Tiada Dipandang Wajahmu
Tidakkan Bermakna Nikmatnya Syurga
Jikalau Tiada Dipandang Wajahmu

Selawat Dan Salam Ku Kirim Buat
Rasul Junjungan Ya Muhammad
Selawat Dan Salam Ku Kirim Buat

Rasul Junjungan Ya Muhammad

Salam atas Baginda... (Lirik)



Ya Rasulallah, salam kerinduan untukmu
engkaulah hamba Allah yang terpuji
engkaulah kekasih Allah yang amat dicintai
selawat dan salam dari Allah untukmu


Salam atasmu duhai permata yang indah
salam atasmu duhai purnama yang menerangi
salam atasmu duhai cahaya dari Allah
salam atasmu wahai Penutup segala Nabi


Salam atasmu duhai kekasih kami
salam atasmu duhai kerinduan kami
salam atasmu duhai pensyafaat kami
salam atasmu duhai yang mencintai kami


Salam atasmu duhai penegak kebenaran
salam atasmu wahai penghancur kebatilan
salam atasmu duhai pelindung anak yatim
salam atasmu duhai pelindung kaum wanita


Salam atasmu pelindung fakir dan miskin
salam atasmu penolong orang yang dizalimi
salam atasmu penyebar cahaya kerahmatan
Salam atasmu duhai yang berbimbang pada kami
salam atsmu duhai yang mendokan keampunan kami


Salam atasmu duhai pemegang telaga Al - Kauthar
salam atasmu duhai Nabi penghilang segala duka
salam atas pemberi syafaat di padang Mahsyar
salam atasmu wahai Saidina Muhammad Ar - Rasul...