Ketauhidan
adalah hak Allah. Kasih sayang adalah perjalanan Rasulullah. Apabila berhimpun
dua sifat ini, maka sempurna syhadatnya. Tanpa Tauhid, kasih sayang akan
berlandaskan nafsu yang dipimpin syaitan. Tanpa kasih sayang maka Tauhid tiada
dapat dilihat keindahannya dan tiada kekuatan. Rasulullah SAW menundukkan dunia
dengan dua kekuatan iaitu Tauhid dan Kasih Sayang. Binalah diri dengan dua
sifat ini nescaya akan menjadi manusia yang bahagia dunia dan akhirat.
"Sesungguhnya syaitan akan lemah
dengan dua CAHAYA yang berhimpun ini.."
Binalah
diri, rumahtangga, perusahaan, masyarakat, negara dengan dua sifat ini,
Insyallah akan memilki KEKUATAN, KETENANGAN dan AKAN
BERJAYA..
Wallahu'alam
Abu Nadhuha

No comments:
Post a Comment