Firaun mengaku Tuhan bukan mengaku dirinya sama rupa dengan Dzat
Tuhan, tetapi mengaku di atas mempunyai sifat yang sama dengan Allah. Jika
Allah ada kuasa, dia juga ada kuasa. Begitu juga sifat yang lain. Tuhan ialah
apabila kita menyakini sesuatu itu ada kekuasaan yang sama dengan Allah dan
kita amat bergantung pada kekuasaannya..
Apabila tiada ilmu mengenal diri sendiri, ramai manusia mengaku
Tuhan di atas sifat tanpa disedari. Apabila seorang itu beribadah dengan
melihat datang dari kekuasaan dirinya, maka dia telah mengaku dirinya Tuhan di
atas sifat kekuasaan Tuhan. Dia adalah penyembah Allah yang dusta kerana
menduakan sifat keTuhanan dengan dirinya sendiri, sebagaimana kaum Quraish
tawaf di Ka'abah dengan penuh berhala
Begitu juga ramai yang beribadah tetapi penuh berhala dalam
dirinya sendiri. Mereka memperTuhankan diri mereka sendiri dengan memiliki
sifat Allah.
Fahamilah kalimah Ahad bukan Wahiid. Ahad adalah tunggal dalam
Dzat, Sifat, Asma dan Afaal-Nya dan tiada sekutu dengan yang lain.
Pelajarilah ilmu Tauhid dan mengenal diri hingga tiada lagi
unsur mengaku Tuhan dalam diri sendiri. Ia adalah sebesar kejahilan dan
kesombongan yang amat dimurka Allah.
Wallahu'alam


No comments:
Post a Comment