Bangunlah wahai insan
membuka jiwa
Berselawat pada Rasul nan
mulia
Agar mekar Cinta disulam
Agar mewangi Cinta
membara
Baginda kekasih Allah
yang mulia
Dijemput menemuiNya tanpa
hijab
Jibril terpaku di langit
tujuh
Terbakar jika terus
menaikinya
Allah menghiburkannya di
langit memancar
Bila paman dan isterinya
tertanam dibumi
Bagaikan patah dua sayap
yang menerbang
Terpilu jiwa menanggung
kesedihan
Ya Allah pada siapakah
mahu serahkan diriku ini?
Allah mendengar rintihan
pilu KekasihNya
Dikirim Jibril, Mikail
dan Buraq menjemputnya
MenemuiNya di alam Cinta
yang terselebung
Penduduk langit gembira
bersyukur
Kaki yang mulia telah
memijak lantai Cahaya
Cemburu mereka dengan
bumi selama ini
Lantaran kaki Baginda berpijak
diatasnya
Batu merintih merayu pada
Baginda
Ya Rasulullah bawalah aku
mikraj bersama mu
Aku tidak mahu diriku ini
Menjadi batu yang
membakar di dalam neraka
Selawat Cinta wahai
saudaraku pada Rasulullah
Nabi Musa memohon melihat
Allah
Namun Baginda dijemput
Allah menemui diriNya
Baginda Habibullah,
Bagindalah Yasin dan Bagindalah Toha..


No comments:
Post a Comment