Jangan biarkan dirimu mudah lemah dan menangis dalam kehidupan,
berjiwa tabah, berfikiran baik, menyakini pasti akan datang pertolongan Allah
dengan jalan yang tiada disangkakan. Disebalik kegembiraan ada kesedihan,
disebalik kesedihan ada kegembiraan. Keteguhan alam yang bersilih ganti
menerima siang dan malam membawa ia kepada kebaikan. Itulah aturan Allah yang
perlu bagi jiwa insan melaluinya demi kebaikannya.
Sesungguhnya tiadalah Allah menzalimi hambaNya melainkan
hambaNya yang menzalimi dirinya sendiri dengan kejahilan dan kemaksiatan.
Kerana itulah hati tiada kekuatan dan ketabahan dalam kehidupan.
Di sana ada mereka yang mampu tersenyum takkala orang lain akan tersungkur jika
ujian itu jatuh pada mereka.
"..Sekeping hatimu adalah penentu kebaikan dan keburukkan.."
Jika ia baik, maka baiklah pandangan kehidupan, jika ia buruk maka buruklah
pandangan kehidupan mu. Ia lah yang menyebabkan derita dan bahagia kehidupan
kita.
..Maka didiklah jiwa dengan ketabahan, kebaikan dan keyakinan pada Allah..
Abu Nadhuha

No comments:
Post a Comment