Apabila Nabi musa as
memandang bukit
Maka Baginda pengsan
lantaran melihat akan
tajjali Allah..
Para perindu Allah
sentiasa pengsan jiwanya
apabila melihat alam
lantaran melihat akan
sifat Jalal Allah..
Para perindu Allah
sentiasa pengsan jiwanya
apabila melihat diri
lantaran melihat sifat
kamalat Allah..
Alam dan diri
adalah sebuah lukisan
adalah sebuah syair
daripada yang Maha
Agung..
Alam yang luas ini
segalanya menceritakan
tentang Dia
diri yang indah ini
menyatakan akan
rahsiaNya..
Jangan penglihatan hanya
pada mata
himpunkan ia dengan
cahaya hati
mata melihat matahari
hatimu melihat kebesaran
Allah..
Demi Tuhan
hanya mereka yang pengsan
sahaja
memahami bahasa Tuhan
dalam setiap detik
membisikkan akan dirinya
melalui wajah alam dan
kehidupan..


No comments:
Post a Comment