cinta ilahi

cinta ilahi

Sunday, 27 April 2014

Kehalusan Cinta

Telah Berkata Ustaz Dasuki
Ramai yang memahami kasih sayang itu dalam bentuk memberi dan menerima. Sebenarnya menahan dari memberi juga adalah kasih sayang.
Apakah perbuatan seorang ayah yang tiada mengizinkan si anak kecil bermain dengan ular yang berbisa itu bukan suatu kasih sayang.
Si anak yang kecil lantaran kurang akalnya merasakan perbuatan si ayah adalah suatu penafian hak.
Sedangkan si ayah yang mengetahui akan bisa ular yang boleh menyebabkan kematian sebenarnya bertindak di atas kasih sayang pada anaknya.
Kerana kasih sayang. RasululLah saw memulaukan beberapa orang sahabat baginda saw kerana tiada menyertai perang Tabuk tanpa keuzuran sehingga Allah menurunkan ayat yang memberitahu akan penerimaan taubat mereka.
Kerana kasih sayang juga baginda saw memberikan pilihan kepada isteri - isteri baginda sama ada untuk memilih kekal bersama baginda sebagai suami atau diceraikan dengan diberi habuan dunia..
Adakalanya seorang guru kerana kasih pada muridnya tiada pergi menziarahinya ketika terlantar sakit...si guru itu tiada sekali - kali meninggalkan Sunnah baginda bahkan beliau beramal dengannya.
Beliau melakukan hal tersebut kepada muridnya kerana hendak mengajarkan kepadanya kekuatan jiwa dan berdikari dengan bergantung hanya kepada Allah...
Demikianlah bahasa cinta yang hanya difahami oleh mereka yang bercinta...

1 comment: