Sollu Alan Nabiy
Pada 26hb Oktober 2014 (Ahad), Malam semalam. Telah berlangsungnya Majlis Penutupan Perkampungan Belia Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) bertempat di Seri Bendahara iaitu di Kediaman Rasmi Ketua Menteri Melaka. Objektif utama program ini ialah menyatukan masyarakat Melayu dan Islam di seluruh dunia. Program ini melibatkan hampir 600 orang belia dari seluruh dunia yang rata-ratanya dari Nusantara iaitu di Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina dan lain-lain negara. Kumpulan Anak Warisan Kasih Melaka diberikan Kesempatan untuk menghiburkan tetamu yang hadir dengan mendendangkan beberapa buah bait-bait lagu iaitu Ya hanana (versi melayu) dan Salamun di samping beberapa persembahan dari kumpulan kesenian dari luar negara. Semoga dengan program ini dapat menyatu padukan Melayu dan Islam di seluruh Nusantara. Insyaallah.
Akhbar Melaka Hari Ini (28 Oktober 2014) Selasa, Halaman 2
Untuk melihat persembahan di Majlis DMDI boleh melayari :




No comments:
Post a Comment