cinta ilahi

cinta ilahi

Tuesday, 29 April 2014

Dosa Menuju Tuhan


Ramai para Aulia
mencapai gunung makrifat
melalui tangga-tangga dosa
dosa yang membawa kerendahan diri
dosa yang membawa taubat yang hakiki
dosa yang membawa dirinya di Cintai Tuhan…

Dosa adalah fitrah kehidupan
dosa adalah takdirnya
dosa dicipta
kerna…
di sana ada namaNya al-Ghaffar
untuk mengampunkan dosa…

Jangan merintih dengan dosa
sehingga syaitan menipu mu
menjauhkan kamu dengan orang yang soleh
lantaran merasa diri hina
tiada layak bersama dengan mereka
atau tiada mahu beribadah
kerana merasakan dosa mu
tiada diampuni Tuhan…

Tiada salah dengan dosa
tapi salah jika sentiasa berulang
salah jika tidak merasa kesal
salah jika berbangga dengannya…

Dosa menjadikan engkau kekasihNya
Apabila sentiasa taubat
Apabila merasa diri hina
Apabila sentiasa merintih padaNya
Apabila sentiasa kerdil dalam perhimpunan manusia
Apabila sentiasa menilik diri dengan sedikit amal
Apabila melihat orang lain lebih baik dari dirimu
Apabila airmata kekesalan sentiasa mengalir
Apabila dahimu banyak bersujud pada  Tuhan
Apabila engkau dalam keadaan rasa berbimbang-bimbang  dengan dirimu
Apabila engkau banyak berselawat lantaran mengharapkan syafaat Nabi mu…

Ikutlah jalan ramai para Kekasih Allah
membangunkan jiwa mereka
terbang menuju Cinta Allah
bermula dengan langkah
akibat terjatuh dalam dosa…



                                                                                        Abu Nadhuha

Cinta Memerlukan Bukti....


Sunday, 27 April 2014

Kehalusan Cinta

Telah Berkata Ustaz Dasuki
Ramai yang memahami kasih sayang itu dalam bentuk memberi dan menerima. Sebenarnya menahan dari memberi juga adalah kasih sayang.
Apakah perbuatan seorang ayah yang tiada mengizinkan si anak kecil bermain dengan ular yang berbisa itu bukan suatu kasih sayang.
Si anak yang kecil lantaran kurang akalnya merasakan perbuatan si ayah adalah suatu penafian hak.
Sedangkan si ayah yang mengetahui akan bisa ular yang boleh menyebabkan kematian sebenarnya bertindak di atas kasih sayang pada anaknya.
Kerana kasih sayang. RasululLah saw memulaukan beberapa orang sahabat baginda saw kerana tiada menyertai perang Tabuk tanpa keuzuran sehingga Allah menurunkan ayat yang memberitahu akan penerimaan taubat mereka.
Kerana kasih sayang juga baginda saw memberikan pilihan kepada isteri - isteri baginda sama ada untuk memilih kekal bersama baginda sebagai suami atau diceraikan dengan diberi habuan dunia..
Adakalanya seorang guru kerana kasih pada muridnya tiada pergi menziarahinya ketika terlantar sakit...si guru itu tiada sekali - kali meninggalkan Sunnah baginda bahkan beliau beramal dengannya.
Beliau melakukan hal tersebut kepada muridnya kerana hendak mengajarkan kepadanya kekuatan jiwa dan berdikari dengan bergantung hanya kepada Allah...
Demikianlah bahasa cinta yang hanya difahami oleh mereka yang bercinta...

Ziarah Cinta Ke Madrasah Syeikhul Ariffien (26.4.2014)

Pada 26.4.2014 Madrasah Syeikhul Ariffien telah menerima tetamu sekitar hampir 50 orang yang rata-ratanya dari Kajang Selangor. Ziarah ini adalah bertujuan untuk melihat sendiri suasana dan pembangunan di Madrasah Syeikhul Arieffin. Semoga ziarah cinta ini dapat diteruskan dan dapat menguatkan lagi Ikatan persaudaraan sesama Kita.


















Thursday, 24 April 2014

Prasarana Terkini Di Madrasah Syeikhul Ariffien (Update 25 April 2014)

Rumah Pelajar Yang mampu memuatkan 40 orang




Padang Permainan Untuk Para Pelajar Beriadah Berukuran 
Sebuah Padang Bola Sepak





Dewan Makan Pelajar Dan Tempat Penyediaan Makanan




Rumah Mudir




Bangunan Tandas Pelajar Dan Kolah Mandi




Pembinaan Telaga Kini Siap Sepenuhnya



Sistem Perparitan Di Madrasah



Berwaspada dalam Kurniaan


Telah Berkata Abi Dasuki
"Ramai yang gembira apabila dikurniakan nikmat sehingga mereka terlupa 
bahawa ia juga pada masa yang sama adalah ujian...untuk menguji kita sama ada 

kita mampu bersyukur dengannya ataupun tidak..


Nikmat juga adalah tipudaya yang telah membaham ramai mangsanya...


Alangkah sukarnya hendak membezakan antara tipudaya 
dan kurniaan Nya jika tanpa pertolongan Allah..



Tanda syukur ke atas nikmat yang benar ialah engkau menerimanya 
dengan melihat ia adalah semata-mata kurniaan Allah yang bukan dari 
kemampuan dan keupayaan mu..namun 
hatimu tetap waspada akan tipudayanya..



Duhai Tuhan ku! Ku pohon pada Mu agar dilimpahkan 
cahaya pada qalbi ini yang dengannya dapat 
ku menyaksikan Keagungan Mu..."

KEROSAKAN SURAU MADRASAH EKORAN DILANDA RIBUT PADA 7 OKTOBER 2013





Kesempurnaan Tauhid


Berkata Guru kami yang mulia : " tauhid ialah menyatu hamba dengan Tuhannya".

Maksud menyatu ialah hilang segala kebesaran, kehebatan dan keagungan diri dan alam melainkan semua nya milik Allah jua..Allahu akbar

Tiada bergerak sezarahpun melainkan dengan gerakan yang digerakkan oleh Allah, tiada jatuh sehelai kering daun melainkan dalam pengetahuan Nya...tiada memberi manfaat atau mudarat melainkan dengan perkenan Nya jua...

Inilah menyatu pada martabat akal, adapun untuk mencapai rasa (tauhid dzauqi) maka ia diperolehi melalui jalan kaum sufi iaitu dengan melazimi zikir sama ada secara jihar mahupun secara sir...

Zikir yang dilakukan dengan penuh asyik dan khusyuk akan mendatangkan dzauq...namun dzauk itu hanyalah wasilah bukan matlamat.

Adapun matlamatnya ialah tauhid semata - mata.

Kesempurnaan tauhid itu ialah apabila seorang itu mencapai wujudiyah atau syuhudiyah.

Tauhid syuhudiyah ialah tauhid yang ditajallikan oleh Allah ke dalam hati seseorang yang memiliki cinta pada RasuluLLah saw. Seseorang itu tiada dapat mencapai cinta yang benar pada baginda saw melainkan apabila telah terbuka baginya akan hakikat RasuluLLah saw...

Seorang hamba tiada akan mencapai kecintaan yang benar melainkan apabila dia menyatu dengan baginda saw...Menyatu dengan baginda bermakna mengikuti baginda saw zahir dan batin ...

Permulaan menyatu dengan RasuluLLah saw ialah dengan menyatu dengan para pewarisnya yang hak sehingga cahaya RasuluLLah saw yang ada pada para pewarisnya dapat melimpah kepadanya..cahaya di atas cahaya..

Dengan cahaya cinta dan makrifat pada Rasul inilah seseorang itu dapat mentauhidkan Allah dengan sebenarnya..lantaran itu, ia membuahkan keikhlasan dan kejujuran lalu membawa dirinya menyerah diri dengan sebenar-benarnya pada Allah dalam kehidupanya (Islam).

Iman - Tauhid - Makrifat - Islam