Ramai
mereka yang dilihat biasa
tapi
luarbiasa
ramai
mereka yang dilihat luarbiasa
tapi
mereka adalah biasa…
Uwais
Al-Qarni dilihat biasa
sehingga
tiada manusia bumi yang menghiraukannya
tetapi
hakikatnya dia adalah luarbiasa
dia
dicintai Nabi walaupun tiada menemuinya
dia
adalah sebaik-baik tabieen di zamannya
tiada
pujian, harta, wanita yang dapat mengugah keimanannya
Dia
bagaikan sebuah gunung yang kukuh
pintu
langit terbuka untuknya ketika berdoa
Allah
sentiasa menghadapkan wajahNya kepadanya dengan penuh cinta…
Al-Bal'am
dan Al-Basyisor adalah manusia luarbiasa
kealiman,
kewarakan dan karamahnya amat disanjung
segala
kalamnya dipatuhi, sang raja tunduk padanya
namun
dia adalah manusia biasa di sisi Allah
yang
tiada tahan dengan pujian dan kemewahan
yang
tiada tahan dengan pujukan wanita
sehingga
langit menutup pintu padanya
dan
Allah tiada memandang pada wajahnya
melainkan
dengan penuh kemurkaan
sehingga
ditutup pintu keimanan
akhir
kalamnya Dia dalam kekufuran…
Pandangan
syariat berbeza dengan pandangan hakikat
Pandangan
Allah berbeza dengan pandangan manusia
Rasulullah
s.a.w pernah ditegur Allah
kerana
menganggap pemuka Quraisy mempunyai nilai
sehingga
memalingkan wajahnya yang mulia dari Ibnu Makhtum yang buta
sedangkan
di sisi Allah
pemuka
Quraisy tiada nilai apa-apa di sisiNya
Ibnu
Makhtum itu lebih mulia dan dicintai
lantaran
sekeping hati yang mencintai Allah dan Rasul
sekeping
hati yang bersih meronta mahu mencari hidayah
sehingga
akhirnya Rasulullah Habibullah memahaminya
lalu
ditinggalkan majlis pemuka-pemuka Quraisy yang tiada nilai
dikejarnya
Ibnu Makhtum yang bernilai di sisi Allah…
Syariat
dapat dilakonkan, maka Allah tiada memandangnya
ia
hanya tempat nilaian manusia yang rendah nilai pandangannya
hakikat
adalah kebenaran dalam qalbu
ia
tempat pandangan Allah
ia
tempat nilaian Allah
ia
adalah diri yang akan dibongkarkan di akhirat
ia
tempat pandangan para Arifbillah
mereka
melihat dengan pandangan Allah
melihat
tiada tertipu dengan ilmu, bicara, kitab dan pakaian sang alim
tiada
tertipu dengan ketekunan ibadah para ahli abid
tiada
tertipu dengan zikir, cinta, dzauk, kasyaf dan tangisan para ahli tarekah
tiada
tertipu dengan dermawan para dermawan
tiada
tertipu dengan sifat tawadhu, zuhud, khidmat dan
kebaikan
mereka
tiada tertipu apa saja yang zahir yang dizahirkan
mereka
melihat rupa di sebalik rupa itu
wajah
hakikat memadamkan wajah syariat
sang
Arif hanya tersenyum
melihat
pelakon-pelakon dunia yang hebat lakonannya
bicaranya
memuja Allah
sedangkan
ia memuja nafsunya
bicaranya
mencintai Nabi
sedangkan
Dia mencintai dirinya
kelakuannya
adalah ibadah
tetapi
sebenarnya ia menyembah nafsu ketuhanan dirinya
amalannya seperti
ahli sufi
tetapi
batinnya bagaikan seperti serigala yang sentiasa mengintai mangsa untuk dirobek
dagingnya…
Orang
biasa yang luarbiasa
mereka
pemilik jiwa orang dicintai Allah
jika
ditanya apakah kelebihan mereka
nescaya
mereka tiada mengetahui
jika
dipuji, nescaya mereka malu menerimanya
jika
dalam majlis, datangnya tiada disedari, pulangnya tiada diketahui
jika
ditanya ilmu, nescaya mereka hanya mengatakan kadar untuk ibadahnya
jika
ditanya amal, nescaya mereka hanya menjawab sekadar yang wajib dan sedikit yang
sunat
jika
ditanya harta, nescaya dijawab sekadar untuk melepaskan keperluan kehidupan
namun
jika ditanya pada hati
nescaya
mereka mengatakan aku hanya insan yang sederhana dan daif disisi Allah
kerana
mereka tiada memiliki apa-apa kelebihan yang mahu dibanggakan
namun
mereka sudah berada separuh jiwa aulia
jika
digilap, nescaya cahayanya memancar ke langit menembusi langit kerahsiaan…
Berhati-hati
dalam kehidupan
jangan
hanya terpukau pada yang zahir sahaja
indah
yang zahir tak semestinya indah yang batinnya
namun…
cahaya
kebenaran dan kebatilan hampir sama
disangkanya
cahaya tetapi kepalsuan
disangkanya
kegelapan tetapi kebenaran
banyakkan
selawat pada zaman yang penuh penipuan
agar
cahaya Rasul menyelinap dalam jiwamu
dengan
cahaya itu engkau dipelihara
dari
kepalsuan segala rupa syariat
dari
segala penipuan para pelakon-pelakon dunia
sehingga
dirimu bertemu
para
murabbi yang benar
memimpin
tanganmu menanggalkan topeng kepalsuan
menuju
kepada kehidupan hakikat
sehingga
engkau melihat kebatilan dirimu
banyak
bermain-main ditepian pantai
tiada
engkau menyelam dalam lautan
jika
benar engkau menemuinya
dan
engkau akan memakai pakaian hakikat
pakaian
para kekasih Allah yang Haq
merekalah
pewaris Nabi pembawa kebenaran
bukannya
pembawa pada bayang-bayang kepalsuan…
Carilah
hakikat
berhentilah
bermain bayang-bayang…


No comments:
Post a Comment