Jangan
engkau hidup untuk memuaskan jiwa manusia. Engkau tidak akan dapat
sempurnakannya malah engkau akan kecewa dihujungnya.
Hiduplah
untuk kebahagiaan diri dengan membangunkan sebuah Cinta Agung, cinta itu hanya
ada pada Allah dan Rasul.
Para
sahabat r.a mencari cinta dengan menjadikan diri dan keluarga mereka sebagai
tebusan pada Rasulullah s.a.w
Syaikh
Abdul Qadir Jailani mencari cinta selama 20 tahun di dalam hutan yang
sepi.
Syaikh
Ibrahim Adham mencari cinta dengan meninggalkan istananya.
Syaikh
Bahauddin Naqsyabandi mencari cinta dalam kesejukan salji yang mengigil.
Syaikh
Ibnu Mubarak mencari cinta dengan darah di medan perang.
Syaikh
Hassan asy-Syazili mencari cinta dalam mujahadah syukur.
Rabi’ah
‘Adawiyah mencari cinta dengan berlapar dan berjaga waktu
malam.
Imam
Al-Ghazali mencari cinta dengan berkhadam membasuh kandang kuda,
berkelana, menyepi jauh di sudut masjid dan menulis kitab.
Syaikh
Junaid Al-Baghdadi mencari cinta dengan sedekah, makan bersama dengan kucing
dan bertafakur sepanjang malam.
Syaikh
Ahmad Al-Qusyasyi mencari cinta dengan menggerakkan dakwah di
Nusantara.
Syaikh
Muhammad Al-Baghdadi mencari cinta dengan mengembara membawa risalah Islam di
bumi yang ada penyembah berhala.
Para
pengembara cinta ini melalui pelbagai jalan. Merekalah pengembara cinta yang
benar, mereka hidup untuk cinta dalam diri mereka, bukan mencari cinta
sesiapa.
Wahai
diri,
Pekakkan
telinga, butakan mata, bisukan lisan, tangan didakap pada dada, kaki disilang
kemas, perut dikempiskan, akal disatukan dengan hati, bibir mengungkap kalimah
agung - serapkan ke seluruh nadi dan darah, nafas dimusyahadahkan. Renunglah ke
dalam diri kerana pada diri memiliki ayat-ayat cinta dari Rabb.
Jangan
disia-siakan kehidupan ini dengan mencari cinta nafsu yang membinasakan.
Hiduplah untuk diri demi cinta yang hakiki. Ia sudah ada dalam dirimu bermula
apabila engkau diciptakan.
Disitulah
engkau akan temui titik kebahagiaan mu di dunia dan akhirat.
Beruntunglah...
beruntunglah mereka yang memilikinya!


No comments:
Post a Comment